Tuesday 9 July 2013

Selamat Berpuasa !

assalamualaikum
tak sangka kan rasa mcm baru je puasa untuk taun 2012, and esok dah start puasa dahhh. untuk taun 2013..masa berlalu terlampau pantas. pejam celik dah hbs setahun. 

well, aku bukan nk cerita pasal tu pun. tp aku rasa Ramadhan taun ni berbeza sikit bg aku. ntah la, rasa mcm excited dia tu lain mcm sikit. sebelum ni honestly la bukan takde rasa lansung, tp biasa biasa je org ckp. but tahun ni aku pun tak tahu kenapa deep in my heart, (ayat tak buleh belah) terasa kelainan dia. rindu nk terawih, rindu nk berbuka ramai ramai, rindu nk main mercun, eh?

hihi. sebenarnya point aku satu je tetiba rajin nk update blog nie, td time makan lunch kat gadong dgn aliya, anis and fafar bercerita la pasal puasa time kecik kecik dulu. tu yg tetibe ade lampu atas kepala aku 'ada point nk update blog'. kehkeh. 

korang jgn tak tau aku la budak paling nakal time sekolah rendah dulu. haa. org semayang terawih kitorg buat bising kat masjid. tak senonoh kan perangai? muohahaha. main mercun siap derr. pastu kena kejar ngan  abe polishhh. kihkihkih. ape lagiiiiiiiiiiiiii sepantas F1 la kitorg lariii. mau tak takutt, aku ni lari smpai jatuh tergolek tau? siap terkoyak lagi seluar, berdarah lutut. padan muko aku kan? 

balik rumah lepas tu kompem kena bambu la ngan pakcik razuki a.k.a abah kesayangan aku. aku pun tak tau mana dia tau aku yg buat bising tu. kehkehkeh. padahal tgk lutut pun dah boleh tau kan. lepas tu dah tak boleh pg terawih dah. kena marah derrr. bising haa dia tak bg dah aku pg masjid, bukan nk semayang buat bising ada lah. sedih aku. sobs. mak aku tak ckp ape. abah aku garang weh time tu. sekarang je anak dah besar, pandai lah pk mana baik and buruk kan. 

tapi, ada tapinyaaa. lepas tu aku buat muka kesian nk pg terawihh. tak tau lah kenapa aku suka sgt pg terawih. mintak ngan beliau nk pg terawih jugak, yes !! dia bagi pegi beb. 

TAPI PEGI DGN BELIAU AND BALIK PUN DENGAN BELIAU. 

sekian. 

salam Ramadhan Al - Mubarak

:)




Saturday 25 May 2013

Rindu Jaman Sekolah Hoiii


ape nihh? ntah, aku pun tak tau. hikhok. gambaq ni aku ambik kat fb ustazah aku time sekolah rendah dulu. minggu lepas dorg buat camping. rindu bhai nk camping jaman sekolah dulu. best gila kottt. kawad kaki, gubahan, buat gajet pehhh. kenangan beb kenangannnn. hoi kalau boleh putar balik masa memang aku nak ada kat sini. smpai mati pun tak pe. Eh? 


ni Anis. budak darjah 6. anak ustajah aku. sempat la kenal time praktikal kat sekolah rendah dulu. Eh lagi? haa, jgn tak tau. aku penah praktikal kat sekolah rendah aku dulu. jd budak opis girl. dah, tak payah nk lari tajuk nadia. ok, time camping ni release segala stress, sebab tu aku suka nk join. kau tgk aktiviti dia. lumpur tak lumpur, redah kasi pecah ! hoi rindu hoi ! dush, aku tau. diam lah ! 



hai dik, kuatnye awak ! mcm ni lah baru nama anak perempuann. angkat tayar je dik, tu pun tayar keta, belum tayar lori. muka jgn nk penat sgt. dah kau nadia kenapa nk sakit hati sgt ngan dia? dush lagi! 



dlm banyak banyak aktiviti camping benda alah ni aku paling MENYAMPAH SAMPAH. menyampah ok. take note, MENYAMPAH. kalau aku tak kena or tak dipaksa ambik bahagian baru aku TAK MENYAMPAH. haa. leceh kot nk kena buat persembahan bagai. nk kena pk ape nk buat. hishh. tp penah la aku ambik part dlm aktiviti Malam Kebudayaan ni. jadi tayar lori. Eh? tak ingat pulak ape benda kitorg buat dulu. tp for sure lah menangkan. tak kan tak menang kalau dah kena smpai jadi tayar lori. tp tak mengarut okay, budak2 gelak bukan main lagi tgk. kau hado??




ini. ini. ini lah diaaaaaaaaaaaaaaaa. ini lah aktiviti paling aku tangkap cintan time camping. tak yah tunggu cekgu suruh, volunteer teruih. over eksited sgt, smpai kena bg command. sampai tersalah salah bagi arahan,  sampai budak budak pun tersalah pusing. hamek kau jd bahan gelak org je. time tu camping puteri Islam  sekolah menengah lah. Eh? Oo. muka ganas dah, sekali puteri Islam kann. AAK? Fine. 



phewwittt ! banyak nye hadiah diaaaa. *sambil terbeliak bijik mata* sape ckp puteri tak terer? haa. ingat pengakap tu dah bgs sgt dah? *kacang lupa kulit betul dia ni kan* ish ish ishhhh. 


 sekolah rendah, menengah, tak sah kalau tak join. kat u pun sekali je aku p camping, tu pun dkt kem PULAPA Jengka. tdo dlm dorm okay, bukan dlm khemah. tak nikmat camping lansung. kesian~~

happy reading. :) 

Terima Kasih Ustaz !


kenapa menangis?

kenapa menangis? kenapa menangis kalau hati tak pernah ikhlas menerima. menangis lah bukan kerana perasaan, tetapi menangis lah kerana hati, kerana dari hati lah terlahirnya perasaan yang sebenar benar ikhlas. ok dah, bile ntah aku pandai nak tulis benda benda mcm ni. tak reti aihh. menangis? hmm. kata org, Allah kurniakan air mata itu sebagai penghapus kesedihan. bila hati sedang sakit, merana siram lah sakit itu dgn air mata. air mata bukan lah satu tanda kita sedang bersedih, boleh jadi air mata itu satu tanda. kegembiraan..aku salah sorang manusia yg sgt rapat dgn air mata. kalau nk berlakon tu boleh la panggil, dua saat je, boleh mengalir dah. kau tolong tengking kuat kuat je, kompem aku nangis. tak tau lah kenapa, manja ke, or telampau sensitif. but, tu dulu. bila dah terlampau sakit, terlalu banyak dugaan, hati boleh jd keras, tabah, kebal, and sewaktu dgn nya. tu lah di panggil pengalaman mematangkan kita, dugaan bukan pematah semangat, tetapi penguat semangat. aku bersyukur di uji dgn pelbagai dugaan. itu membuat kan aku bertambah dkt dgn sang Pencipta Allah Maha Agung. aku bersyukur, dgn setiap manusia yg aku kenal. ada yg menjadi contoh, ada yg menjadi pengajaran. maka, jgn lah merasa diri lemah dgn air mata, di sebalik luka dan sakit itu, tersimpan seribu satu hadiah dan ganjaran yang tidak ternilai harganya. Allah punya rahsia tersembunyi, jgn pernah hilang keyakinan dgn rahmatNya..

PencariCintaHakiki




Sunday 12 May 2013

Hari Hari adalah Hari Ibu

salam the readers..selamat malam semua..
act aku tgh buat homework, a.k.a assignment..then ma aku anta msg tanya 'buat ape tu?" dah tdo ke? aku jawab, "belum lagi ma, tgh buat keja sikit ni. then, she's reply, "buat yang terbaik" tiba tiba air mata aku mengalir. aku kat sini main main, dia mengharapkan yg terbaik dari aku. Ya Allah..

nak nak lagi hari ni hari ibu. 12 o'clock already past. tp aku tak send msg pun wish kat ma aku. mesti dia fikir aku tak ingat. tp bagi aku HARI HARI ADALAH HARI IBU. hari hari aku text dia, hari hari untuk dia tersangat lah istimewa. Angah sayang ma sangat !


Sunday 20 January 2013

Sambal Belacan

hebat tak idea tengah pagi buta aku ni nk update pasal 'Sambal Belacan'? 

tah mane datang tetibe dpt idea ni pun aku tak tau. hakhak. bedal jelah. nk tdo pun mcm terasa broken heart sikit. ececehh. poyo je la kau nad. 

aku takde la peminat tegar sambal belacan ni. tp memang tak di nafikan beliau sgt sedap okayy. kalau tak sedap, kenapa la si Aliya tu boleh makan cicah jari je woihhh. aku terpana jap tgk dia. terpana? skemanye? lantak. 

haa. cicah jari bhai. tak pedas ke? dgn rasa dia yangg. err. tak tau nk ckp. sebab aku tak pernah berani nk mkn mcm tu je. 

aku sebenarnya TAK boleh makan belacan. allergic. TAK BOLEH OKAY. tapi sape tak kenal si nadia ratu segala degil. bedal semacam je even dah tau tak boleh makan. dah sedap bhai, tak kan nk pandang je. perghh. kena pulak dgn nasi goreng pattaya lipat (gaul) dgn sambal belacan. air teh o ois. memang cengkam hbs. nasi tak sedap takpe, janji sambal belacan kau mangtoppp.



org lain mungkin lah, mungkin makan belacan gatal hidung ke, ada sawan ke, resdung ke, tapi aku makan belacan produce jerawat bhai + gatal muka. kata lah aku makan mlm td kan, esok petang dia elok bertepek kat muka aku dah. cepat pulak menjadi tu. tak paham jugak kadang kadang. 

dah tak tahan sgt kadang kadang aku sebat semacam je sambal belacan tu. haha. lepas tu macam biasa lah. tak boleh nk bising dah kau sendiri yang telan. 

busuk bukan sebarang busuk, busuk aku busuk yg sedap. 



ikhlas dari belacan. 


happy reading. :)