Monday 31 December 2012

Ceritera 2012




warning ! entry ni sgt panjang. kalau rasa mls nk baca, jgn baca dari awal. okeng? proceed. 




tahun 2012 byk bg kenangan untuk aku. mcm mcm lahh. tak terkira. pahit manis semua lengkap. yg pahit tu aku jadikan tauladan, yg manis tu aku kekalkan smpai bila bila. kadang kadang yg pahit tu byk mengajar aku erti kekuatan yg sebenar. so, aku harap aku lebih kuat la untuk hadap cabaran 2013 ni. insha Allah..

tahun 2012, aku berjaya dapatkan segulung diploma. walaupun dgn keputusan yg tak seberapa, syukur alhamdulillah aku diberi peluang untuk belajar. walaupun byk cabaran time diploma, aku berjaya habiskan and grad on time. senyuman parents aku segala galanya untuk aku. syukur ya Allah...

tahun 2012, pertama kali dlm hidup aku dipermainkan oleh lelaki. pertama kali beb. sakit memang terasa sangat sangat. tiap kali aku teringat mesti aku menangis. aku menangis bukan sebab aku kesal dgn apa dia buat. tp aku menangis sebab KEBODOHAN aku sendiri. aku terlampau bodoh. tapi syukur Ya Allah. aku tak jatuh di sebabkan apa yang jadi. first sebab aku ada Allah, 2nd aku ada parents aku, family aku, kawan kawan aku. dorg semua kekuatan aku. lepas dari tu, aku sendiri terasa hati aku makin kuat. aku tak mintak, tp ni semua kurniaan Allah. Dia tak kan bg dugaan yg tak mampu untuk kita lalui. Agung kan Kuasa Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi. Allah... :'(

tahun 2012, Allah sengaja turunkan hujan, ribut, petir untuk kita, rupanya rupanya Dia ada hadiah pelangi nan indah untuk kita. Alhamdulillah. saat hati aku masih belum kuat untuk terima cinta, Dia berikan satu cinta yg aku sendiri tak penah sangka. Cinta tu datang ubat kan luka hati aku. Cinta tu warnai hari hari aku. Cinta tu tak penah pudar untuk aku sampai hari ni. Cinta tu tak pernah berkurang sikit pun. Keikhlasan dia, kasih sayang dia..buat hati aku terus kuat untuk Cinta. terima kasih sayang..Walau penuh dgn cabaran...ku tahu ku ada Mu Tuhan...

tahun 2012, aku merasa duit hasil titik peluh aku sendiri. keja beb. KFC.  masuk je dah kena stick dkt department cashier. tu diaaaa. dgn experience pun 0, memang aku hentam lah. bape kali merayu rayu dgn sir tak mau jadi cashier. konon nk masuk department cook. ape kau ingat senang? nk transfer ayam dari FC pun tak lepas, ada hati nk masuk cook. heh. cuma ape yg buat aku sedar ,sampai bila aku nk terus takut dgn cabaran. tak kemana lah aku kalau takut nk hadapi dunia ni sorg sorg. ada sorg budak keja sekali dgn aku. dia kira pangkat adik dgn aku. dari first day aku masuk, dia ajar aku semua yg berkenaan dgn cashier. dia lah buat aku kuat, kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh? aku salute la dgn dia, kita bersyukur lagi ada mak ayah. tapi dia dah kehilangan mak dia, sebab cancer. ayah dia keja biasa ja, adik dia sorg, still sekolah. yang aku terkejut, sewa rumah, belanja adik dia sekolah, makan minum semua dia tanggung. dlm usia 18 tahun beb. penah korg imagine tak usia mcm tu korg kena tanggung semua sekali? tak semua org mampu buat mcm tu. kadang kadang dia merungut kat aku, adik dia degil, tak mau dgr ckp. tp setitik air mata dia pun aku tak pernah tgk. dia kuat beb. dia penah ckp kat aku, letih mcm mana pun dia tak kan give up. skg dia on the track to be KFC Manager. wish you the best of luck Syarifah. akak tau awak kuat. :)

susah mana pun kita, sentiasa ingat, ada yg lagi susah. bersyukur dgn apa yg ada. 

now, welcome to the year of 2013. yang buruk jadikan tauladan, yg baik jadikan sempadan. sesungguhnya semua yang buruk tu datangnya dari kita, and semua yg baik tu datangnya dari Allah S.W.T..yakin dgn setiap yg berlaku ada hikmahnya. 

tu antara cerita yg beri kesan pada aku untuk jadi lebih positif. semoga tahun 2013 ni hidup aku akan lebih diredhai Allah..amin...so, kita tutup cerita 2012, bukak buku untuk 2013 pulak..



P/s : hadiah taun baru aku, mata bengkak sebelah tanpa sebab. now, dah sepet sebelah. 


happy reading you all. Salam Maghrib. Peace :)


Sunday 30 December 2012

FBI


agree? hehehe

Final Exam





5 paper to be done ! 

doakan aku okay labu sayong semuaaaaa. 

gud nite. ehh. mornite. 

assalamualaikum :)

Friday 28 December 2012

tak tetap pendirian ke aku?

haihh. ntah la labu sayong oihh. aku pun tak reti dah nk ckp cmane. ehh. nk masuk rumah org main redah je si nadia ni kan. buruk perangai. kot ye pun bg la salam dulu..tekujat encik blog ni haa. hehe, maap ye :)

assalamualaikum my labu sayong semuaaaa. hangpa sihat? alhamdulillahhh. aku? aku mestilah selalu sihat. otak je tak bape nak sihat. takut nk exam dah ni woiii. study pun belum nihh. gila betul buat cuti study week mcm cuti sem haa. heaven gila kau kan nadia. 

back to tajuk entry asal. aku memang suka merapu dulu untuk mukadimah. biasa la kalau dah tgn dok laju menaip. semua aku nk citer. haihhh. 

tapi mukadimah tu pun separuh dari tajuk sebenarnya. tak lari tajuk pun. banyak hari dah aku dok pk. semalam aku pk, esok nk study lahh. dah smpai esok, jgn kata bukak buku, pen pun aku tak pegang. tu tak tetap pendirian la tu kan? konon la nk study, dakwat pen setitik pun kau tak guna hari ni. errr.

cmane la aku nk hilang kan perangai buruk tu eh? any idea? 

ya, betol. aku ada jumpa kat satu blog ni. pendirian memang susah untuk kita tetapkan. semua tu bergantung pada kita punya level iman kat dalam hati tu..hmm. setuju sangat. 

so, cara dia..jauhkan lah diri kita dari berbuat sesuatu yang boleh mempengaruhi iman kita. mcm aku, rumah ada streamyx, haa. tu salah satu benda la tu boleh pengaruh iman aku nk study. *esok potong bil streamyx. kecoh mak enon jelahh. mcm streamyx tu aku punya pulak kann. 

hadis ada meriwayatkan :

 Janganlah kamu menjadi ‘pak turut’ yang sering berkata : “Jika orang di sekelilingku baik nescaya akan baiklah aku, namun jika mereka zalim, aku jua menjadi zalim”. Hendaklah kamu menetapkan jiwa dan pendirianmu sehingga jika manusia baik, kamu baik bersama mereka, tetapi jika mereka buruk, maka kamu tidak menjadi buruk dan zalim (seperti mereka)” (Riwayat Tirmizi)

amin. semoga Allah sentiasa bersama kita semua. 

Happy reading you all. Salam Maghrib. Peace. :)








Tuesday 25 December 2012

Ketung Ketang Di Dapur

tajuk entry tak leh blah kan? kisah pulak aku? haha

bukan ape, semenjak study week ni aku sensorang je kat rumah sewa ni. nk pegi umah uncle aku kat Kuala Terengganu tak jadi pulak. terpaksa cancel last minute. heh

so, memang aku dah plan awal awal lagi sebelum study week, kalau tak balik aku nak MASAK!!  :O

aku masak? hoi, pandang tu jgn nk sebelah mata. aku tau la aku ni malas nk masuk dapur. tp jgn la kata aku tak pandai masak. hishh. 

ckp pasal masak ni la kan, byk sgt dah benda jadi bila org kondem aku. tak boleh wooo. terasa hati makkk.  ckp tu bg berlapik sikit kalau bab bab masak ni. aku pun tak tau kenapa it's too sensitif untuk di tegur. 

memang aku admit, aku tak pandai sgt nk masak, tak sehebat my beloved Ma. tp kalau setakat nak kenyangkan perut sendiri tu boleh la. takde la korg kebulur kalau duduk ngan aku. 

benda ni bukan datang dari paksaan, just ada minat, belajar n boleh je pandai. n semestinya lah nk kena rajin kan. aku minat masak, honestly aku minat. cuma tak berapa nk power sebab jarang di praktikkan. sekali aku cuba masak, then bila dah lama aku tinggal, dah lupa dah camane nk buat. 

*dah keja kau tau makan jeee. mana nk ingat. ping !

aku jealous, yes, aku jealous dgn org org yg pandai masak kat luar sana. especially perempuan lah. dah nama pun perempuan, kau belajar la tinggi langit mana pun tempat kau esok esok kat dapur jugak. just tinggi mana kau belajar tu akan bezakan besar mana dapur korg bila dah berkeluarga and ada rumah sendiri nanti.



setuju? haaa. quote ni aku rembat kat facebook kawan aku. hihi. 

tapi aku terbaca satu comment, dia habaq, dapur ja besar buat apa, kalau masak pun pakai org gaji. dah kalau pakai org gaji, dah sah sah la tak reti masak. kan? 

bergantung pada kita semua nya. tak perlu besar pun takpa. janji pandai masak. hidup ni tak perlu nk menunjuk nunjuk pun. lebih baik jadi low profile ja. org pun suka. kan?

aku takut jugak one day nanti aku tak pandai masak, Mr. F aku cari lain. fuhh. mintak simpang, mintak jauhh. kata org, nk suami sayang lebih, air tangan kena lah power beb !



nasi goreng resepi arwah nenda tersayang. just aku tambahkan hotdog nk bg up sikit. favorite aku time kecik kecik dulu nihh. aku selalu tgk arwah masak, last last lekat dlm kepala. senang sgt nk masakkk. 

tapi kan, korg ada nampak hijau hijau tak dlm nasi tu? tak de kann. nenda aku memang memahami cucu dia yang anti dgn segala jenis SAYUR nihh. ahakss. 

love Farris <3

Saturday 22 December 2012

-My Big Day-

Assalamualaikum si cantik n si kacak semuaaaa. 

Wohh. my big day?? mesti ada yg meloponggg. haha. 

2nd December ari tu aku dah selamat bergraduasi !! 

I'm Diploma holder ! hehe. tahniah untuk diri sendiri lahh. ping ! n bakal degree holder pulakk. Insha Allah. doakan la ehhh. :)

Nampak tak sebenarnya citer Konvo ni dah basi? ari ni dah 22 December. aku baru terhegeh2 dah update. butannnn. butannn saja lambat updateee. Tapi lepas konvo tu memang aku takde mase nk main update2 nie. Busy nk mam ohhh. 

dah dah, dari korg dok dgr aku beleter baik org tinguk gmbar konvo aku. Enjoy ! :)


the youngest sister



along n her husband also aja tembam




dorg pun nak jugakkk. :)


with aja tembam. 



with acik 


thank you so much to both of them. Without them, I will not be who I am today. Love you Ma Abah ! :')


it's more valuable to let us know that we are the reason behind that smile. Thanks again ! 

tetibe homesick plak..rindu ma abah. :(


we are siblings ! adik je takde. sebab dia tukang snap pic nieee. hehe


i'm done ! :)



happy reading you all. nite. 

Friday 21 December 2012

Study Week

wohoooo ! phewwiitt ! ehh. Assalamualaikumm si cantik si kacak semuaa. Finally berakhir jugak segala mak nenek test, assignment semalam. Tapi aku belum lagi sebenarnya. Saje buat gempak. Hihi. Ari ahad ni ade lagi satu testttttttt. Human Resources. Saja ambik lambat, sebab takda masa nk study. Nasib jugak la Madam Siti Hajar tu boleh consider. Kalau tak, melopong la aku nk jawab. Anyway, final paper aku start on 2nd January and habis on 19th January. Kejap je rasa kan. Tup tap, dah hbs sem 3. Aku nak kuar sat, jap lagi aku sambung kisah Rantaian Kasih We Love We Care.  Tunggu tauuuu. Bai !