Sunday 20 January 2013

Sambal Belacan

hebat tak idea tengah pagi buta aku ni nk update pasal 'Sambal Belacan'? 

tah mane datang tetibe dpt idea ni pun aku tak tau. hakhak. bedal jelah. nk tdo pun mcm terasa broken heart sikit. ececehh. poyo je la kau nad. 

aku takde la peminat tegar sambal belacan ni. tp memang tak di nafikan beliau sgt sedap okayy. kalau tak sedap, kenapa la si Aliya tu boleh makan cicah jari je woihhh. aku terpana jap tgk dia. terpana? skemanye? lantak. 

haa. cicah jari bhai. tak pedas ke? dgn rasa dia yangg. err. tak tau nk ckp. sebab aku tak pernah berani nk mkn mcm tu je. 

aku sebenarnya TAK boleh makan belacan. allergic. TAK BOLEH OKAY. tapi sape tak kenal si nadia ratu segala degil. bedal semacam je even dah tau tak boleh makan. dah sedap bhai, tak kan nk pandang je. perghh. kena pulak dgn nasi goreng pattaya lipat (gaul) dgn sambal belacan. air teh o ois. memang cengkam hbs. nasi tak sedap takpe, janji sambal belacan kau mangtoppp.



org lain mungkin lah, mungkin makan belacan gatal hidung ke, ada sawan ke, resdung ke, tapi aku makan belacan produce jerawat bhai + gatal muka. kata lah aku makan mlm td kan, esok petang dia elok bertepek kat muka aku dah. cepat pulak menjadi tu. tak paham jugak kadang kadang. 

dah tak tahan sgt kadang kadang aku sebat semacam je sambal belacan tu. haha. lepas tu macam biasa lah. tak boleh nk bising dah kau sendiri yang telan. 

busuk bukan sebarang busuk, busuk aku busuk yg sedap. 



ikhlas dari belacan. 


happy reading. :)


Thursday 17 January 2013

Mengigau



lately ni aku selalu tdo lambat bhai 
(pengaruh blog http://ikanficha.blogspot.com/) 
selalu bhai bhai kat blog dia. aku pun terikut sekali. mahap le sis Ficha ehh. :P

so, bila dah terbiasa tdo lambat, time tdo aku pun dah bertukar dah. mlm aku tak boleh nk tdo, siang aku tdo tak ingat. sakit kepala woi cmtuh. bila tdo lambat ni mcm mcm la aku dgr. nk pulak roomate aku kuat mengigau. seram sejuk pun ada. mula mula aku takut. lama lama aku wat stupido je. 

kau bayang jela tgh sunyi sepi pukul 3, 4 pagi tu tibe2 ada org bercakap? mau tak takut aku nihh. terus tutup buku aku tdo je beb. takuttt. 

kenapa mengigau? 

aku sure lah semua org penah mengigau. aku selalu gak mengigau time kecik kecik dulu. tapi aku selalu mengigau cmni jelahh. 


ntah benda ape aku nk capai pun tak tau. pastu tersedar. rasa tertipu pun ada. 

mengigau ataupun dlm bahasa orang putih, sleeptalking. terjadi bila badan terlampau penat and korg terlampau galok sgt sebelum tdo tu. tau galok? mcm bersuka ria tak ingat lahh. pastu nk tdo dgn kaki tak basuh, memang mengigau lah. 

pendapat aku lah kan, mengigau ni jadi habit pun boleh. depends on org tu sendiri. adik beradik aku time kecik kecik dulu memang champion bab mengigau ni beb. mcm nk berlawan pun boleh. yg tu berckp smbil tdo, yg tu pulak boleh bangun berjalan time tdo. yg berjalan tu bahaya. silap tade org sedar or tak nampak, ntah kemana dia pg kang. tp tu dulu la, dah besar ni takde dah kot. 

mengigau ni pun bahaya sebenarnya bhai. silap silap semua rahsia korg kantoi. haa. datang member nk buat dajal kat korg dia p tanya mcm mcm. yg rahsia pun dah tak jd rahsia dah. so, sape sape yg kuat mengigau tu aku syorkan beberapa tips kat bawah ni. 

1) sebelum tdoq, p basuh kaki, basuh muka amek wudu'

2) sebelum tdo tu jgn nk bergalok sgt

3) lagi satu, baju yg korg pakai bawak kuar rumah tu sila tukar sebelum tdo. 
(aku pun tak tau kenapa) time sekolah kat semesta aku dpt. 

4) pastu cari selotip, selotip kan mulut tu. bg tak boleh ckp terus. 

5) ikat kaki tgn kat katil. biar tak leh bergerak. tdo cmtu je smpai pagi.

6) pesan kat kawan korg, bila korg mengigau je suruh terajang. tiap tiap hari kena terajang msti sakit. pastu mesti kompem tak ngigau dah la kan. ^_^


4, 5, 6 dont try this at home okeh ! 


ni mesti kat kedai makan. tgh nk order. buruk perangai. 



happy reading. :)

Friday 4 January 2013

Cerita Kucing

suka kucing? tak? kena suka, sebab ape? sebab dia comel. kenapa dia comel? sebab dia haiwan kesayangan Nabi, n handsome mcm Nabi jugak. ;)

aku suka kucing. smpai tdo pun dgn kucing. haaa. kau tau tak dorg tdo tu comel? rasa nk penyet penyet je mcm penyet upin ipin. datang geram aku, angkat tinggi2, tny dia, ape hal kau comel sgt ha? terkebil kebil mata mengiau tak paham apa aku ckp. haha. boleh bayang tak dia punya terkebil kebil tu comel?

semalam kann nk dijadikan cerita kucing nieeee..

sentap tak kalau tgh tgh makan tu, tetibe kucing panjat peha korg? ape mcm? best tak rasa? agak agak terbang tak semua pinggan mangkuk atas meja tu? haha

semalam aku p makan kat restoran Juz, tempat biasa isi perut kat Dungun terchenta ni haa. kedai tu memang penuh ngan kucing. tp takde la penuh sgt pun, ada la dlm 3, 4 ekor. semua comel. semua ada pe'el masing masing. yang aku nk jadikan cerita ni, kucing new year, sebab taun ni baru dia muncul. taun lepas tak penah nmpak batang hidung. so, dpt la nama new year. nasib kau la kucing. 

budak nakal ni, dia panjat peha aku time tgh makan semalam kau tau? dia usha dulu baik punyaaa. aim dah tepattt, pap ! haa. yg tgh sedap makan tu berkemungkinan boleh tersedak beruk. yang aku tak boleh bla, dia punya badan sikit punya panjangg. dah tu boleh plak letak dua dua kaki depan dia kat peha aku lama lama. tak lenguh ke? aku saja main main ngan dia, aku ckp, turun skg, kalau tak, tak dpt ayam. sebelum turunkan kaki, buat muka kesian. yang itu aku tak boleh nk tahan tuu. muka nk kesian je. 

lagi satu dia ni garang, kedai tu dia je nk conquer. yang lain nk cari makan pun susah. takut ngan dia. keja nk gaduh jee. kau tau dia punya nakal, makanan org lain pun dia rembat. yg lain redha je bg. ade siap boleh baring depan dia tgk dia makan. nk rembat kang, takut kena rembat balik. 

tenghari td, time lunch, dia tgh lepak atas kerusi. tdo. lepas tu ada moto RXZ lalu kot. korg tau la bunyi moto tu cmane kan. bising. dia sedar terus angkat kepala, pandang moto tu smpai hilang. bengang agaknya kan? haha. jgn main main kucing pun tau bengang. 


ni dia si budak nakal. stripe atas kepala dia mcm kena lukis dgn celak. unik. :)


bila berkongsi rezeki dgn makhluk Allah yang lain, insha Allah rezeki kita akan dimurah kan kelak...aminnn. Restoran Juz tu memang selalu ramai org. owner Restoran tu pulak memang tak penah halau pun kucing kucing yang ada kat situ. sayangi lah dorg sebab dorg pun makhluk Allah jugak ! 



happy reading :)